Salam Terengganu
|
Sambutan dari para wanita di Kuala Terengganu sesungguhnya amat bersikap positif. Meskipun hanya 11 orang tetapi puas kami dari FTIMdc mengajar setiap peserta. Sememangnya masa yang diperuntukkan dari jam 9 pagi hingga 6 petang tidak mencukupi jika hendak mempelajari setiap teknik yang telah diterbitkan melalu buku-buku kami. Tetapi sekurang-kurangnya teknik asas sulaman manik dan labuci sebanyak melebihi 20 jenis disertakan dengan sulaman terbaru seperti sulaman payote dan bunga raya dari buku terbaru Teknik melakar Corak Sulaman tealah ditunjukkan pada hari itu. Sulaman benang sebagai bonus telah ditambahkan kepada beberapa jenis walaupun hanya satu teknik sahaja yang dijanjikan. Kami di FTIMdc amat bersyukur kerana walaupun pejalanan sejauh melebihi 400 km itu telah dihargai oleh setiap peserta di KT. Semoga Allah memberikan kerahmatan dan keberkatan kepada para pelajar kami semuanya. |
|
|
Rohani Abdul Rahman “Sungguh menyeronokkan dan bersemangat untuk membuat sulaman manik pada pakaian anak serta tudung pada hari raya nanti.” |
Umi Mukminah Sapingi “Pada pendapat saya bengkel ini bagus ini bagus untuk peserta bagi memahirkan diri dalam bidang jahitan sulaman manik. Semua golongan tidak kira surirumah dan bekerjaya dapat mempelajarinya. Perasaan saya sungguh seronok dapat mempelajari teknik jahitan dengan betul dan rekaan yang terbaru sekali terutama dari Pn. Rosita sendiri,” |
|
Maizatul Akmar Abdul Wahab “Kursus ini tersangat bagus dan dapat memberi saya banyaka pengetahuan tentang sulaman manik serta benang. Pn. Rosita juga tidak lokek untuk berkongsi tip-tip yang berguna dalam setiap jenis teknik sulaman yang diajar. Banyak teknik-teknik terbaru yang saya pelajari dari kursus ini. Selepas ini barulah saya berasa yakin untuk menjahit sulaman manik untuk adik beradik serta kawan-kawan,” |
Harlina Nazar “Selepas bengkel ini saya dapat mempelajari teknik-teknik berguna bagi baju saya sendiri. Jika boleh adakan tambahan kurus lagi di Kuala Terengganu untuk masa akan datang,” |
|
Rahmah Mohamad “Tidak cukup pelajaran yang diberi dalam hanya sehari kerana setiap satu jenis teknik memerlukan pengkhususan yang lebih terang. Diharap dapat mengadakan bengkel lanjutan dimasa akan datang,” |
Zurina “Sangat teruja!!!…kerana tidak semua orang boleh mengajar teknik dengan betul. Cuma masa agak terhad dirasakan,” |
|
Zainun Awang “Perlukan masa yang lebih panjang untuk mempertingkatkan lagi kemahiran jahitan manik. Segalanya amat menyeronokkan…. Terima kasih,” |
Naqiah Mohd Azri “Perasaan saya sebagai peserta jahitan manik begitu teruja sekali dan pemikiran saya sekarang semakin terbuka tentang sulaman manik. Saya harap dapat menyertainya lagi,” |
|
Kartina Abdul Rahim “Sungguh menyeronokkan sehinggakan macam tak cukup masa aje,” |
Rohani Said “Seronok kerana banyak ilmu yang diperolehi. Insyaalah saya akan menurunkan apa yang pelajari dan berkongsi dengan rakan-rakan yang berminat supaya ilmu sulaman manik ini dapat berkembang. Terima kasih kepada Pn.Rosita dan tenaga pengajar yang lain,” |















