Kursus Pilihan – Part Time
A. Fesyen Pilihan
1. Mengapakah anda digalakkan untuk mengambil kursus ini?
Anda boleh belajar apa sahaja fesyen kegemaran yang anda inginkan kerana anda membayar mengikut jam/masa anda sendiri. Satu sesi 3 jam sahaja .. atau..boleh meluangkan masa sehari selama 6 jam sekali gus untuk 2 minggu cuti anda. Semuanya mengikut waktu kelapangan anda sendiri (semasa waktu bekerja kami).
2. Siapakah sesuai untuk kursus ini?
Kursus ini sesuai bagi anda yang bekerja dan memilih hari kelapangan / cuti dengan mengisi kursus ini sebagai hobi.Dalam sesi kursus Seni Jahitan Pakaian Fesyen Pilihan ini, anda boleh memilih fesyen kegemaran untuk dipelajari. Berapa lama yang anda rasa ingin mempelajarinya, adalah bergantung kepada diri anda sendiri. Ada yang hanya mempelajari Baju Kurung atau Kebaya sahaja. Ada juga yang mempelajari hampir semua fesyen, sehingga setahun lebih.
3. Berapa lama boleh pandai?
Jadi persoalan ini terlalu ’subjective’ berapa lama seseorang itu akan pandai. Bidang kemahiran adalah kemampuan individu, jika dilakukan selalu ia akan menjadi kebiasaan kemudian barulah menjadi mahir. Masa tidak dihadkan bagi setiap jenis fesyen; ada yang mengambil hanya 9 jam sahaja menyiapkan baju kurung & 12 jam untuk sepasang kebaya,ada yang tidak suka menjahit di dalam kelas kerana mereka hanya ingin belajar memotong sahaja. Pelbagai permintaan dari ramai peserta…Anda bagaimana pula…?
Bagi yang tiada pengalaman menjahit atau tidak pernah menjahit, boleh pelajari teknik yang betul dan tepat, agar kekemasan jahitan tampak cantik dan dapat menaikkan mutu fabrik, meskipun murah harganya. Ramai yang telah membuktikan kemahiran diri dalam bidang ini. Menjahit juga memerlukan kesabaran dan teknik yang betul agar mudah difahami.
Harga bagi Kursus Fesyen Pilihan
12 jam RM 150 – 1 kali seminggu x 3 jam/sesi
24 jam RM 250 – 2 kali seminggu x 3 jam/sesi
36 jam RM 350 – 3 kali seminggu x 3 jam/sesi
Pendaftaran/Registration Fees : MYR50.00***

B. Kursus Busana Pengantin






