Rosita Jaafar
CEO
Fashion Designer 
(Fashions & Embroidery Book Author)

Rozita Jaafar – mempunyai pengalaman melebihi 27 tahun dalam bidang fesyen. Ilmu fesyen ini diwarisi dari ibu beliau.

Menubuhkan Fashion Trade Institute of Malaysia Designing Centre secara rasminya, pada 1 April 1999

Mempunyai pendidikan akedemik dalam bidang perniagaan – Business Administration Studies Diploma dan Fashion & Designing Diploma.

Mempunyai kepakaran mengenai warna COLOUR ME BEAUTIFUL di USA dan UK.

Berpengalaman luas secara profesional dalam bidang perniagaan sejak tahun 1984 secara kecil-kecilan dan separuh masa sebelum menubuhkan institusi fesyen FTIM Designing Centre ini.

Sebelum ini beliau bekerja di Syarikat Penerbangan Malaysia di Engineering Purchasing Department; Pengurusan Perhotelan, Syarikat swasta terkenal Jepun, Epson Precision Johor di bahagian Buyer & Planner Department dan terakhir sekali di Maxis di Material & Management Department & Fleet Division – 1996

Beliau telah mewujudkan satu sistem pengurusan pekerjaan secara teratur dan terperinci. Setelah bekerja dengan gigihnya, sebagai Managing Director beliau telah berjaya menjadi wanita pertama memberanikan diri menceburi dalam dunia perniagaan Peruncitan Franchising Mydin Mart di Kajang, Selangor, Malaysia pada tahun 2004. Oleh kerana minat beliau yang begitu mendalam dalam dunia fesyen, beliau terpaksa menjual saham beliau kepada Mydin Holding (M) Bhd pada tahun 2007.

Dalam masa yang sama beliau masih meneruskan perniagaan FTIM Designing Centre dan hingga kini telah menjadi penerbit buku-buku fesyen yang terlaris dijual di Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia.

Buku beliau, Sulaman Benang, Manik dan Labuci telah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia menjadi 2 buah buku iaitu Sulaman Payet dan Sulaman Benang.

Kepakaran beliau telah diiktirafkan oleh MARA (Majlis Amanah Rakyat) dan Kraftangan Malaysia sebagai Pakar Perunding Fesyen dan Sulaman, oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

2013 – Beliau telah dilantik sebagai Pakar Negara dalam Sulaman Kreatif, tahap 2, 3 dan 4 yang mengabungkan beberapa Sulaman tangan halus seperti Sulaman Manik, Sulaman Reben, Sulaman Benang, Sulaman Nyonya Ayak dan Sulaman Kerawang. Pengiktirafan ini telah membalas segala penat lelah beliau dalam menerajui bidang sulaman sebagai penambah nilai dalam menaikkan nilai fesyen di tanah air terutamanya pakaian tradisi kebangasaan iaitu Baju Kurung.

Tanpa mengenal penat lelah dan tidak membuang masa; dengan kemahiran dalam bidang fesyen, beliau telah berjaya menulis 5 buah buku fesyen wanita, terbitan oleh Utusan Publication (M) Sdn Bhd danAlaf 21 Publication Sdn Bhd.

Fesyen koleksi beliau sering memenuhi dan menghiasi ruang majalah-majalah tempatan; di mana terlahirlah buku mengenai fesyen ini memuatkan hampir kesemua jenis pakaian wanita dan kanak-kanak, di mana beliau juga telah melahirkan ramai pereka fesyen muda sehingga ke menara gading Ijazah Rekaan Fesyen.

Di antara buku-buku beliau di gemari ramai dan ada juga kolej-kolej swasta dan kerajaan menggunakan buku-buku idea beliau sebagai panduan pengajaran oleh guru-guru dan pensyarah tempatan dalam bidang kemahiran fesyen ini ;

Kemahiran dan kepakaran dalam imaginasi beliau yang begitu kreatif tidak terhenti di situ sahaja kerana ia telah terbukti dengan mencetuskan pada ulung pertama kalinya di mata fesyen bertaraf antarabangsa dengan membuka pintu fesyen Malaysia dalam ‘The Malaysian Book of Records’, wanita pertama menempah nama dalam sejarah membuahkan idea dalam rekaan kreatif Gula-Gula Hudsons, sebanyak lebih200,000 biji telah digunakan sebagai bukti kemahiran dan konsep idea yang tiada tandingannya.Anak kelahiran Johor Bahru ini, tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam apa jua diceburi, kerana itulah beliau mempunyai kemahiran dalam memberi petunjuk dan pengajaran terperinci yang bermutu tinggi.

  1. Sulaman Benang Manik Labuci
  2. Seni Jahitan Pengantin Tradisi & Barat
  3. Seni Jahitan Pakaian Kanak-Kanak
  4. Seni Jahitan Variasi
  5. Teknik Menjahit – Fesyen Wanita (Cara-cara Melukis, Memotong dan Menjahit)
  6. Teknik Menjahit Pakaian Kanak-Kanak
  7. Sulaman Manik & Labuci /Beads & Sequins Embroidery
  8. Sulaman Manik, Kristal & Benang / Beads, Crystal & Thread Embroidery
  9. Sewing Techniques – Malay Traditional Attire /Teknik Menjahit Pakaian Tradisi
  10. Embridery Designing Techniques / Teknik Melakar Corak Sulaman Manik
  11. Nyonya Kerawang Embroidery Techniques / Teknik Sulaman Nyonya Kerawang
  12. Bunga-Bunga Manik / Beaded Flowers
  13. Teknik Aksesori Manik / Beaded Accessories Techniques
  14. Sulaman Glamor Manik 3D / 3D Glamorous Beaded Embroidery

Di antara artikel-artikel yang pernah disiarkan di akhbar mengenai Rosita ialah:-

  1. Rosita Berjaya Selepas Merasai Kegagalan
  2. Rosita – `Pakaian Gula-Gula’ Serlah Kreativiti
  3. Rosita – Adding Glitter ans Galm To Common Attire
  4. Latar Belakang FTIM Designing Centre
  5. Sweets memories for The Malaysia Book of Records
  6. What FTIMdc students Say…
  7. Kosmo – Stailo, Sulaman Rosita
  8. All that glitters …
  9. A Night of Dazzling Bling
  10. Dresses made from sweets in wrappers go on show
  11. Seni Teknik Menyulam
fesyen1ftimdc_fesyen2fesyen3

Fesyen koleksi beliau sering memenuhi dan menghiasi ruang majalah-majalah tempatan dan TV, di mana terlahirlah buku mengenai fesyen ini memuatkan hampir kesemua jenis pakaian wanita dan kanak-kanak. Beliau juga telah melahirkan ramai pereka fesyen muda sehingga ke menara gading Ijazah Rekaan Fesyen.

 

Selaras dengan ini, pihak FTIM tidak jemu-jemu mengadakan pelbagai kaedah dan pertunjukkan fesyen dan pertandingan dengan satu objektif positf agar ramai lagi wanita atau peminat dunia fesyen menjana pendapatan secara sambilan dan langsung.

Setiap seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh FTIMdc sudah pasti meninggalkan kesan mendalam dan telah dapat memberi banyak keuntungan kepada para pelajar keseluruhannya.

logo

CONTACT US:

No. 75,  Jalan USJ 11/4K Subang Jaya
47650 Selangor Darul Ehsan
HP: 012-217 2949 / 017-223 2989
Email :admin@ftimdc.com