TIPS FESYEN

 

 

PENGASAS

rjftimdc

Rozita Jaafar - mempunyai pengalaman melebihi 24 tahun dalam bidang fesyen. Ilmu fesyen ini diwarisi dari ibu beliau.

Menubuhkan FTIM Designing Centre secara resminya, pada 1 April 1999

Mempunyai pendidikan akedemik dalam bidang perniagaan - Business Administration Studies Diploma dan Fashion & Designing Diploma.

Berpengalaman luas secara profesional dalam bidang perniagaans sejak tahun 1984 secara kecil-kecilan dan separuh masa sebelum menubuhkan sekolah fesyen FTIM Designing Centre ini.

Sebelum ini beliau bekerja di Syarikat Penerbangan Malaysia di Engineering Purchasing Department; Pengurusan Perhotelan, Syarikat swasta terkenal Jepun di Buyer & Planner Department; dan terakhir sekali di Maxis di Material & Management Department & Fleet Division.

Beliau telah mengujudkan sistem pengurusan pekerjaan secara teratur dan terperinci. Setelah bekerja kuat dengan gigihnya, wanita ini menceburikan diri dalam dunia perniagaan Peruncitan Franchising.

Kepakaran beliau telah diiktirafkan oleh MARA (Majlis Amanah Rakyat) dan Kraftangan Malaysia sebagai Pakar Perunding Fesyen dan Sulaman.

Tanpa mengenal penat lelah dan tidak membuang masa; dengan kemahiran dalam bidang fesyen, beliau telah berjaya menulis 5 buah buku fesyen wanita, terbitan oleh Utusan Publication (M) Sdn Bhd dan Alaf 21 Publication Sdn Bhd.

Fesyen koleksi beliau sering memenuhi dan menghiasi ruang majalah-majalah tempatan; di mana terlahirlah buku mengenai fesyen ini memuatkan hampir kesemua jenis pakaian wanita dan kanak-kanak, di mana beliau juga telah melahirkan ramai pereka fesyen muda sehingga ke menara gading Ijazah Rekaan Fesyen.

Di antara buku-buku beliau di gemari ramai dan ada juga kolej-kolej swasta dan kerajaan menggunakan buku-buku idea beliau sebagai panduan pengajaran oleh guru-guru dan pensyarah tempatan dalam bidang kemahiran fesyen ini ;

  1. Sulaman Benang manik Labuci
  2. Seni Jahitan Pengantin Tradisi & Barat
  3. Seni Jahitan Pakaian Kanak-Kanak
  4. Seni Jahitan Variasi
  5. Teknik Menjahit - Fesyen Wanita (Cara-cara Melukis, Memotong dan Menjahit)
  6. Teknik Menjahit Pakaian Kanak-Kanak
  7. Sulaman Manik & Labuci /Beads & Sequins Embroidery
  8. Sulaman Manik, Kristal & Benang / Beads, Crystal & Thread Embroidery


Kemahiran dan kepakaran dalam imaginasi beliau yang begitu kreatif tidak terhenti di situ sahaja kerana ia telah terbukti dengan mencetuskan pada ulung pertama kalinya di mata fesyen bertaraf antarabangsa dengan membuka pintu fesyen Malaysia dalam ‘The Malaysian Book of Records’, wanita pertama menempah nama dalam membuahkan idea dalam rekaan kreatif Gula-Gula Hudsons, sebanyak lebih 200,000 biji telah digunakan sebagai bukti kemahiran dan konsep idea yang tiada tandingannya.

Anak kelahiran Johor Bahru ini, tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam apa jua diceburi, kerana itulah beliau mempunyai kemahiran dalam memberi pentunjuk dan pengajaran terperinci yang bermutu tinggi.

Di antara artikel-artikel yang pernah disiarkan di akhbar mengenai Rosita ialah:-

  1. Rosita Berjaya Delepas Merasai Kegagalan
  2. Rosita - `Pakaian Gula-Gula' Serlah Kreativiti
  3. Rosita - Adding Glitter ans Galm To Common Attire
  4. Latar Belakang FTIM Designing Centre
  5. Sweets memories for The Malaysia Book of Records
  6. What FTIMdc students Say...
  7. Kosmo - Stailo, Sulaman Rosita
  8. All that glitters ...
 

Copyright ©2006 FTIMdc.com