hm pg
 

 TIPS FESYEN

Kelas Seni Jahitan

Bagi anda yang berminat untuk mendalami senijahitan secara terperinci.

Kelas ini menumpukan teknik menjahit dengan kemas dan teliti atau ala-butik.

Ramai wanita telah berjaya....

  • Skirt - 6 jam
  • Blaus - 9 jam
  • Baju Kurung / Kebaya - 12 jam
  • Seluar - 12 jam, & banyak lagi

 

4

 

1

 

 

 

 

 

 

 

 

DIPLOMA SENI JAHITAN PAKAIAN

pengantin ftimdctmpw ftimdcsjvtmpkksjpkk

 

SIJIL @ FASHION & DESIGNING DIPLOMA

Sila email kepada kami untuk mendapatkan keterangan lanjut.

 

Dengan silibus yang telah diatur dari peringkat Asas, Pertengahan dan Lanjutan

(Beginning to Advance), membolehkan sesiapa sahaja yang ingin menceburi dalam bidang Seni Jahitan kelak meraih Sijil / Diploma. Tahap pencapaian ini adalah mengikut penglibatan individu serta kecekalan.

Setiap sillibus dalam bidang yang berkaitan akan dipaparkan di website ini selepas raya kelak. Harapan www.ftimdc.com untuk mendapat sokongan dan sambutan yang memberangsangkan dari anda yang berminat.

Pelajaran yang disediakan ;

  • Seni Jahitan Pakaian
  • Seni Rekaan
  • Sulaman Benang Halus Tangan
  • Sulaman Manik Labuci
  • Sulaman Kerawang
  • Sulaman Goyang Nyonya
  • Ketrampilan Personaliti Imej
  • Pengurusan Usahwan Butik Fesyen

Syllabus arranged from elementary, intermediate and advanced.  Anyone could do either PART TIME BASIS or FULL TIME BASIS.
All is up to you when you want to achieve your dreams in the fashion world.

 

Advanced level will require you to be able to sew neatly. Sewing is important to produce each design you’d imagine of.
Lots of students have approved themselves by our techniques and method of teaching.
What influenced other to joins ftimdc.com as well?

The courses available are;

  1. Dressmaking Course
  2. Designing Course
  3. Fine Hand Thread Embroidery
  4. Beading Embroidery
  5. Asian Traditional Embroidery
  6. Asian Thread Traditional Embroidery
  7. Image Personality Course
  8. Fashion Management & Marketing Course

 

Hari / Day

Waktu / Time

Selasa hingga Sabtu /

Tuesday to Saturday

10am ~ 6.30pm

Ahad / Sunday

10am ~ 2pm

Isnin / Monday

CUTI / OFF DAY

 

KURSUS SEPARUH MASA

  • Anda digalakkan mengambil Fesyen Pilihan.
  • Anda boleh belajar apa saja fesyen kegemaran / yang anda inginkan
  • Kerana anda kami membayar mengikut jam / masa anda sendiri
  • Satu sesi 3 jam sahaja .. atau..
  • Anda boleh meluangkan masa sehari selama 6 jam sekali gus untuk 2 minggu cuti anda..
  • Semuanya mengikut waktu kelapangan anda sendiri (semasa waktu bekerja kami)

 

KURSUS FESYEN PILIHAN

Siapakah yang sesuai untuk kursus ini?

  • (Kursus ini sesuai bagi anda yang bekerja dan memilih hari kelapangan / cuti dengan mengisi kursus ini sebagai hobi)
  • Dalam sesi kursus Seni Jahitan Pakaian Fesyen Pilihan ini, anda boleh memilih fesyen kegemaran untuk dipelajari.
  • Berapa lama yang anda rasa ingin mempelajarinya, adalah bergantung kepada diri anda sendiri.
  • Ada yang hanya mempelajari Baju Kurung atau Kebaya sahaja.
  • Ada juga yang mempelajari hampir semua fesyen, sehingga setahun lebih.

 

Berapa lama boleh pandai?

  • Jadi persoalan ini terlalu 'subjective' berapa lama seseorang itu akan pandai.
  • Bidang kemahiran adalah kemampuan individu, jika dilakukan selalu ia akan menjadi kebiasaan kemudian barulah menjadi mahir.
  • Masa tidak dihadkan bagi setiap jenis fesyen;
    • Ada yang mengambil hanya 9 jam sahaja menyiapkan baju kurung & 12 jam untuk sepasang kebaya.
  • Ada yang tidak suka menjahit di dalam kelas kerana mereka hanya ingin belajar memotong sahaja.
  • Pelbagai permintaan dari ramai peserta...
  • Anda bagaimana pula..... ?
  • Bagi yang tiada pengalaman menjahit atau tidak pernah menjahit, boleh mempelajari teknik yang betul dan tepat, agar kekemasan jahitan tampak cantik dan dapat menaikkan mutu fabrik, meskipun murah harganya.
  • Ramai yang telah membuktikan kemahiran diri dalam bidang ini.
  • Tanpa ragu-ragu saya katakan, bahawa menjahit juga memerlukan kesabaran dan teknik yang betul agar mudah difahami.

 

PART TIME COURSES

  • Are you encouraged to choose a Selected Fashion Course
  • You may learn you most favourite fashion in mind
  • Each course is paid by hours in each package provided here
  • 3 hours per session or
  • You may spend 6 hours straight in your ‘off day’ or weekends
  • You choose your own free time and we are here waiting for you
  • Unless its falls on Public Holiday

 

SELECTED FASHION COURSES

Who should take this course?

  • Suitable for you if you are working and want to create another ‘side hobby’ during your free time.
  • If you want to change your future career to be a business person in the fashion world.

What you can learn

  • You can choose and learn your favourite designs.
  • The period of the course is up to your decision and wishes.
  • You can learn more than one design.
  • Some students have learnt almost all type of designs in a year.

 

How long does it take to be an expert?

  • Very subjective question. It is up to individual skill and your talent of handling the sewing machine.
  • Skill line depends on individual skill and talent. How much are you willing to ‘go into it’? - is the question to we pose you. Practice make perfect is the answer.
  • No time limit;
    • You can choose from the package given; either 12 hours to 36 hours a month. 
  • Some students wanted to learn how to cut as they think they are expert in sewing but they’re not sure of measurements, drafting and cutting procedures.
  • What is your choice..?
  • You may have NO experience in sewing.
  • You can learn the best techniques and accurate sewing methods.
  • Many have approved themselves from ‘ZERO TO HERO’.
  • Nevertheless it needs patience and the right techniques to understand each subject.

 

KOS PAKEJ SEPARUH MASA / PART TIME COURSE

FESYEN PILIHAN / SELECTIVE FASHION

Anda boleh memilih masa yang sesuai bagi diri anda sendiri. Pakej masa yang dipilih harus digunakan dalam masa sebulan sahaja.

Harga Pakej yang disediakan adalah untuk jangkamasa sebulan

Anda boleh menambahkan RM100 bagi mendapatkan 12jam berikutnya sekiranya masih ada masa dalam sebulan anda memulakan sesi di ftimdc.

12 jam RM150 sebulan - sekali seminggu x 3jam satu sesi

24 jam RM250 sebulan - 2 kali seminggu x 3 jam satu sesi

36 jam RM350 sebulan - 3 kali seminggu x 3 jam satu sesi

You can choose your own time to attend the monthly classes.

The package provided is for ONE month according to the duration of hours chosen.

You can added RM100 IF you still have time within ONE month for another 12 hours in ftimdc.

 

12 hrs RM150 / mth -1 week x 3hrs/session

24 hrs RM250 / mth -2 week x 3hrs/session

36 hrs RM350 / mth-3 week x 3hrs/session

 

SENIJAHITAN PAKAIAN DRESSMAKING COURSE 3 bulan / month RM 3,500 Certificate Level
Fashion Dressmaking - 1 & 2 Level
Fashion Dressmaking -1 & & Advance Level 7 bulan / month RM5,500 Diploma Level
Designing Illustrations Course 3 bulan / month RM3,000 Certificate Level
Fashion Dressmaking Diploma Advance Level 3 bulan / month RM3,500 Diploma Level
SULAMAN / EMBROIDERY      
Sulaman Manik Labuci – Tahap 1 / Beading Embroidery Level 1 7 jam/hrs RM250 Sijil Penyertaan
Sulaman Manik Labuci – Tahap 2 / Beading Embroidery Level 2 8hari/days RM450 Sijil Penyertaan
Sulaman Benang Halus Tangan & Smocking – Tahap 1 / Thread Embroidery Level 1   RM350 Sijil Penyertaan
Sulaman Benang Halus Tangan & Smocking – Tahap 2 / Thread Embroidery Level 1   RM350 Sijil Penyertaan

 

Pereka Fesyen adalah satu bidang kreatif dan professional. Biasanya pereka fesyen akan mereka pakaian dalam konsep yang unik untuk sesuatu majlis dan juga mengambil kira permintaan pasaran.

Di sini adalah beberapa contoh jenis atau rekaan dari rangkaian pakaian harian sehingga barangan kemas dalam pelbagai harga, bentuk dan saiz.

Banyak lagi laluan bidang kerjaya seperti ini boleh menjadi pilihan anda. Atas minat dan kesungguhan, anda TIDAK akan terikat untuk bekerja di bawah arahan orang lain lagi.

Bidang kerjaya berkaitan fesyen yang anda boleh pilih ialah:

c11

Pereka Kreatif
Pereka Teknikal
Pereka Lakaran
Pemotong
Pelukis Pelan Baju
Pereka Tekstil

Di antara syarikat-syarikat yang mungkin memerlukan khidmat anda adalah:

Kilang Tekstil
Kilang Membuat Pakaian
Pemilik Studio Fesyen
Busana / Butik
Busana Lelaki
Peruncitan
Perunding Fesyen

Jika anda bijak dalam penulisan, anda juga boleh menjadi seorang penulis fesyen profesional, editor fesyen dan perunding fesyen di syarikat majalah tempatan.

Untuk itu anda boleh mendalami ilmu fesyen dari kolej-kolej, buku-buku fesyen tempatan dan antarabangsa serta mendapatkan tips dan nasihat dari pereka fesyen yang telah berjaya sebelum bersedia menerajui bidang sebagai PEREKA FESYEN.

flower2

Pertanyaan dari Pembaca :

1. Saya tidak ada pengalaman menjahit langsung?
Semua orang tidak ada pengalaman sebelum pandai. Tiada apa yang perlu dikhuatiri untuk melakukan sesuatu yang baru.


2. Bagaimana hendak memulakan dalam bidang fesyen?

  • Pertama sekali MINAT, kedua KESUNGGUHAN dan ketiga PENGORBANAN. Ramai orang yang berminat tetapi tiada kesungguhan dan cita-cita mereka mati separuh jalan sahaja.
  • Ada yang mempunyai minat dan kesungguhan tetapi tiada pengorbanan.
  • Semua orang ada 24 jam sahaja masa sehari. kesibukan waktu bekerja seharian sudah cukup membuatkan fikiran kita tegang.
  • Anda mungkin ada masa berehat. Kemudian tanya diri anda sendiri berapa jamkah sehari atau seminggu yang anda perlu untuk berehat atau mengalamun.
  • Aturkan masa mengikut kesenangan diri sendiri.

 

3. Saya tidak pernah menjahit, adakah teknik atau kaedah supaya saya boleh cepat pandai?

  • Tidak ada sesuatu perkara boleh diperolehi dengan cepat.
  • Kerjatangan harus dibantu oleh pengawasan rapi oleh seorang guru.
  • Corak pengajaran FTIM amat mudah. Ramai pelajar boleh membuat pakaian dalam masa 24 jam.
  • Kemahiran teknik kami tiada tandingannya. Mudah difahami dan diikuti.

 

4. Saya amat berminat dan tiada masa kerana pekerjaan saya. Bagaimanakah caranya saya boleh mempelajarinya secara separuh masa?

  • Sekiranya anda sudah tahu cara-cara mencantumkan semua bahagaian pakaian, cuba cara GAYA POS FTIM.

 

cushion5. Bolehkah saya hendak mempelajari hanya beberapa fesyen baju sahaja?

Boleh. Tapi mempelajari dari asas pola, cara-cara melukis, memotong dan menjahit lebih baik. Tidak perlu belajar banyak kali selepas itu. Cuba lihat contoh dari buku Fesyen Wanita – Cara-Cara melukis, Memotong dan Menjahit oleh Rosita Jaafar.


6. Bagaimana hendak mengetahui kekemasan jahitan?

  • Cuba buat perbandingan dengan koleksi di butik terkenal atau busana di gedung antarabangsa.
  • Perhatikan setiap jahitan di seluruh badan baju. Apakah mutu jahitan anda serupa.
  • Tiada benang-benang putus dan bersambung-sambung. Warna benang sama dengan fabrik atau sebagainya.
  • Cara menggosok juga memberikan peranan penting dalam menitik beratkan perihal kualiti.

Fashion Designing is the glamorous line in careers.
A designer will design fashion according to a customer’s or market requests.
Here are some examples of the type of designs required in everyday life.

It comes from different prices, quality and sizes.

Some of the careers you might choose once you’d graduated from a Fashion Designing Course are:

Creative Designer

Technical Designer

Drafting Designer

Cutter

Pattern Designer

Textile Designer

Among the companies the interests that might take your services are ;

Textile factory

Garments manufacturer factory

Fashion studio owner

Fashion Boutiques’ women / Ladies

Retailers

Fashions consultants

If you have a talent in writing, you might be lucky to enter into magazine industries. Some of the Magazine Companies need people who have talent in fashion designing and love to write.

They will pay well and give secure job prospects in the future.

Make sure you refer to local and international magazines to expanding your knowledge to become a FASHION DESIGNER.

 

c12

 

FAQ :

1. I have no experience of sewing at all?

Most people have never touched sewing machine. Don’t worry too much about it just go ahead and start your class today.

 

2. How am I going to start?

  • First, INTEREST. Second, DETERMINATION and third, SACRIFICE.
  • Many people have an interest in the fashion line but they do not have determination into that ‘particular subject’.
  • No determination means no sacrifice in your life.
  • Everybody has 24 hours a day.
  • Set a side time for your self for once in your life.
  • Do what you really love to do best.
  • Arrange your time and see what the results you can produce.

flower1

3. I’ve never been good at sewing, is there any other techniques so that I could learn fast enough?

  • This is a skilled work. You need a guidance to guide you through.
  • Ftimdc’s way of teaching is on an individual basis.
  • You can understand faster to compare with other methods of learning.
  • Our technique has been approved to hundreds of our students out there, which easy to understand.

 

4. I’m really interested but have no time due to my work load. How can I start?

  • If you know how to sew, it might be easier for you to choose ‘GAYA POS FTIM’ (Learn at home style)

c7

5. Can I learn a few designs instead?

  • Yes. But if you have an opportunity to learn from basic, how to draw through to the sewing methods.  This will be beneficial for you.
  • You don’t have to go to a different school every year.
  • Or you may look into our book of (Teknik Menjahit) Sewing Techniques for women and Children by Rosita Jaafar.

 

6. How do I know my sewing is neater?

  • Try to do a comparison with others or the famous local / international boutiques.
  • Look at overall sewing of the garments. Is there any similarities with your workmanship?
  • No thread coming-out or continuous stitches and etc.
  • Ironing is plays a main roll as well
class1 class2

 

 

STUDENT's TESTIMONIAL

juanitaftimdc When I first started the course, I was 7 months pregnant I didn`t have any experience in dreesmaking. I like the fact that FTIM offers part time courses that allow students to attend classes according to their free time. I`ve since made 4 types traditional Malay clothes under Pn. Rosita personal coaching. Thanks to FTIM, I`ve acquired a valuable skil. - Juanita Johari

 

juneftimdc

Mula minat dalam jahitan sulaman manik untuk keperluan sendiri tanpa mengikuti sebarang kelas/kursus. Belajar hanya melalui buku Beads Sequins Embroidery. Ingin mengetahui teknik dan rahsia pengarang buku, Rosita Jaafar. Seterusnya mendaftar sebagai pelajar hingga ke peringkat Advance Beading. Allhamdulillah, hasil tunjuk ajar beliau telah melahirkan keyakinan diri jitu apabila diberi kepercayaan menyediakan cenderahati Sulaman Manik pada kusyen untuk dipersembahkan kepada Raja Perempuan Perlis. Hasil kerja dipuji oleh Pemaisuri dan Sultan. Kini tempahan terus diterima hingga tak menang tangan. - Junaidah Abu Hasan

Junaidah has presented a pair of cushion pillow to Raja Perempuan Perlis, on 27 June 2008 at Marriot Hotel, Putra Jaya, Wilayah Persekutuan.

 

shah&roseftimdc Kami selalu mengikuti perkembangan fesyen semasa. Namun begitu harganya sangat tinggi. Membuat saya ingin belajar dan menjahit baju kami sendiri. Kami telah melayari internet dan terbaca Pusat Rekaan Fesyen FTIM dan terus mendaftar. Baju pertama kami adalah baju kurung tradisional. Setelah menghasilkan sendiri, segalanya sememangnya amat mudah apabila dapat belajar daripada guru yang pakar. Terima kasih Cikgu. - Shah & Rose


Copyright ©2006 FTIMdc.com