rositaftimdcrj

Wahai Pembaca yang budiman,

Ramai yang tertanya-tanya prihal Seni Jahitan dan Sulaman.

Harga, kaedah, teknik, silibus serta sama ada tempat belajar yang nyaman serta selesa.

 

Harga – yang dikenakan adalah amat berpatutan berbandingkan dengan pusat pengajian tempatan /tinggi di negara ini.

Senireka dari institusi yang lain. Kadar bayaran tidak kami kenakan sekali gus. Tetapi sesuai dengan kekerapan kedatangan dan kecekapan anda mengendalikan sesuatu ‘task’ .

Kaedah / Teknik – Kadangkala kita manusia biasa yang tidak sabar rasanya hendak menjadi pandai dengan pantas. Terutama bila kita semua tahu bahawa bidang fesyen sememangnya boleh mendatangkan pendapatan secara sambilan dan sebagai kerjaya seumur hidup bergenerasi..

Ingatan dari saya sendiri yang telah menceburi dalam bidang ini secara professional, atau telah dimanjakan dengan segala fesyen terkini, SABAR… itulah yang penting.

Lebih baik belajar dari sekarang dari tidak belajar langsung. Berikan masa pada diri untuk memahami ‘skill’ jahitan dahulu, kemudian baru lah boleh mereka fesyen ciptaan tersendiri.

Bukan mudah untuk mengajar setiap manusia dalam dunia ini. Ada yang cepat faham ada yang kata faham tapi tidak faham juga, ada yang memang sukar untuk memahami setiap perkataan.

1

Tetapi itulah yang dinamakan ‘GURU’, Mereka lebih memahami sebab musabab setiap pelajar, kenapa sesetengah pelajar begitu sukar untuk memahami sesuatu perkara prihal melukis pola, memotong dan menjahit.

Untuk pengetahuan umum, ramai pelajar di sini yang mula dari peringkat awal, ada yang tidak pernah menyentuh mesin jahit atau walau sebatang jarum pun selama hidup mereka.

Tetapi dengan keberkatan Yang Maha Esa, mereka telah pun menpunyai butik pakaian sendiri di Melaka, Johor, Penang, Kelantan, Sabah dan Sarawak dan banyak lagi. Itu yang saya ketahui kerana mereka merapatkan diri kepada saya. Lebih afdal lagi pelajar-pelajar ini telah pun meminta saya membimbing mereka untuk menubuhkan butik mereka meskipun modal pusingan amat rendah sekali.

Ada pelajar mempunyai pendapatan RM5000 hingga RM10,000 sebulan – hanya dari rumah sahaja. Ini bukannya musim raya. Jadi anda sendiri boleh bayangkan dan jika anda memulakan usaha pembelajaran dari sekarang, mungkin usaha anda itu akan terjawab suatu hari kelak.

Teknik pengajaran FTIMdc adalah berpandukan kepada pengalaman saya sendiri semasa menjadi pelajar di institusi antarabangsa dan tempatan.

Ada yang hendak mengajar tetapi agak kedekut ilmu yang hendak diberi. Ada yang suruh buat sendiri tanpa diajar bagaimana caranya, disuruhnya buat penyelidikan (reserach) sendiri untuk pertandingan. Pernah juga pada peringkat awalan saya belajar menjahit blaus 2 bulan pun tidak boleh siap-siap…. sebab ‘guru’ berbual-bual dengan pelajar lain dan tugas kita adalah membuka semula semua jahitan yang tidak digemari oleh guru tadi… jadi berjam-jam la kita membuka semula jahitan di dalam kelas.

Jika pada peirngkat awalan, sememangnya semua orang tidak boleh menjahit dengan garisan lurus. Kalau nak tunggu jahitan lurus memang tidak tahu bila. Jahitan akan menjadi lurus bila kita memahami kerenah mesin jahit kita tu. Ada caranya bagaimanakah anda boleh menjahit lurus dengan berpandukan tapak tekanan di mesin. Semuanya diajar di FTIMdc.

Keadah pengajaran perseorangan ataupersonal caoching’ secara terperinci mengenai prihal teknik menjahit berkualiti. Itulah yang kami akan tunjukkan dan membentuk fikiran anda dalam bidang fesyen. Penerangan, penjelasan dan tunjuk ajar kami yang prihatin dan tidak putus pasti membolehkan anda faham dengan segera. Cuma, adakah anda bersedia untuk diajari? Ajukan dahulu persoalan ini.

Jika murid saya yang berumur 10 tahun boleh menyiapkan skirt, blaus, baju kedah, sarung kusyen yang dihiasi dengan sulaman manik labuci serta banyak lagi, takkan lah kita orang dewasa tidak dapat mempelajarinya. Kami telahpun membuktikannya..

 

Saya sering berpesan kepada anak saya,… belajarlah selagi guru masih hidup, kerana bukan mudah untuk mendapat seorang guru yang berilmu. Berkasih (kasih diri sendiri) selagi ibu masih ada, kerana ibu masih boleh menasihati. Menyayangi (kepada semua makhluk) selagi jiwa masih suci dan Bercintalah (hanya kepada Allah) selagi nyawa dikandung badan…

Silibus – FTIM Designing Centre telah ditubuhkan pada April 01 1999. FTIMdc telah memberi kebijaksanaan kepada pelajar untuk memilih jenis fesyen untuk belajar. Ia lebih memudahkan kepada pelajar sendiri dari mengikut setiap silibus tempatan dengan pemilihan masa pelajar itu sendiri.

TETAPI, jika anda bersedia untuk memulakan dari peringkat awalan lebih baik dan lebih terperinci. Lebih mudah untuk memahami untuk ke peringkat lanjutan.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

ftimdc classroom01

Memastikan setiap pelajar mendapat perhatian sepenuhnya dengan
bimbingan dari RJ

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Konsep FTIM kali ini adalah, terus target kepada sasaran dan objektif pelajar itu sendiri atau apa yang anda minat dan cenderung.

Pakaian Tradisi Melayu

  • Baju Kurung Pesak Buluh
  • Baju Kurung Pesak Gantung
  • Baju Kurung Riau
  • Baju Kurung Melayu Cekak Musang (Untuk Lelaki)
  • Baju Kurung Melayu Teluk Belanga (Untuk Lelaki)
  • Kebaya Tradisi
  • Kebaya Moden / Princess Line
  • Kebaya Pesak Perak / Kedah / Pahang
  • Baju Kedah.. dan banyak lagi

Pakaian Kasual dan Moden Formal;

  • Tank-Top
  • Blause
  • Seluar
  • Jaket
  • Vest
  • Evening Dress
  • Baju Pengantin- Konsep Barat
  • Children Dress – Formal

Tempat – Kelas kami sememangnya nyaman dan bersih. Di Kompleks 3C MPSJ, Bandar Sunway, Petaling Jaya. Ia bersebelahan dengan Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon.

Kemudahan – Mempunyai cafeteria, bilik audotorium, surau, free parking dan sekiranya anda mempunyai anak-anak, anda juga boleh membawa mereka untuk bermain di tempat permainan kanak-kanak, sambil anda menghadiri kelas. Kenderaan awam juga mudah diperolehi dengan menaiki bas menuju ke Sunway Lagoon.

Kenderaan Awam – Bas – Depan Kota Raya bas 10, 11 dan 13 menuju ke Bandar Sunway. KTM Komuter (keretapi) hingga ke Subang Jaya station dan menaiki bas mini ke Sunway Pyramid / Sunway Lagoon. LRT Putra (keretapi) – hingga ke Kelana Jaya station kemudian pilihlah bas ke Sunway Pyramid.

3C-Map