Pereka Fesyen adalah satu bidang kreatif dan professional. Biasanya pereka fesyen akan mereka pakaian dalam konsep yang unik untuk sesuatu majlis dan juga mengambil kira permintaan pasaran.Di sini adalah beberapa contoh jenis atau rekaan dari rangkaian pakaian harian sehingga barangan kemas dalam pelbagai harga, bentuk dan saiz. Banyak lagi laluan bidang kerjaya seperti ini boleh menjadi pilihan anda. Atas minat dan kesungguhan, anda TIDAK akan terikat untuk bekerja di bawah arahan orang lain lagi. Bidang kerjaya berkaitan fesyen yang anda boleh pilih ialah:

  • Pereka Kreatif
  • Pereka Teknikal
  • Pereka Lakaran
  • Pemotong
  • Pelukis Pelan Baju
  • Pereka Tekstil Di antara syarikat-syarikat yang mungkin memerlukan khidmat anda adalah: Kilang Tekstil
  • Kilang Membuat Pakaian
  • Pemilik Studio Fesyen
  • Busana / Butik
  • Busana Lelaki
  • Peruncitan
  • Perunding Fesyen

Jika anda bijak dalam penulisan, anda juga boleh menjadi seorang penulis fesyen profesional, editor fesyen dan perunding fesyen di syarikat majalah tempatan. Untuk itu anda boleh mendalami ilmu fesyen dari kolej-kolej, buku-buku fesyen tempatan dan antarabangsa serta mendapatkan tips dan nasihat dari pereka fesyen yang telah berjaya sebelum bersedia menerajui bidang sebagai PEREKA FESYEN.

1. Saya tidak ada pengalaman menjahit langsung?
Semua orang tidak ada pengalaman sebelum pandai. Tiada apa yang perlu dikhuatiri untuk melakukan sesuatu yang baru.

 2. Bagaimana hendak memulakan kerjaya dalam bidang fesyen?
Pertama sekali MINAT, kedua KESUNGGUHAN dan ketiga PENGORBANAN. Ramai orang yang berminat tetapi tiada kesungguhan dan cita-cita mereka mati separuh jalan sahaja. Ada yang mempunyai minat dan kesungguhan tetapi tiada pengorbanan. Semua orang ada 24 jam sahaja masa sehari. Kesibukan waktu bekerja seharian sudah cukup membuatkan fikiran kita tegang. Anda mungkin ada masa berehat. Kemudian tanya diri anda sendiri berapa jamkah sehari atau seminggu yang anda perlu untuk berehat atau mengalamun. Aturkan masa mengikut kesenangan diri sendiri.

3. Saya tidak pernah menjahit, adakah teknik atau kaedah supaya saya boleh cepat pandai?
Tidak ada sesuatu perkara dalam dunia ini boleh diperolehi dengan cepat. Kerjatangan harus dibantu oleh pengawasan rapi oleh seorang guru. Corak pengajaran FTIMdc amat mudah. Ramai pelajar boleh membuat pakaian dalam masa 12 hingga 24 jam. Kemahiran teknik kami tiada tandingannya. Mudah difahami dan diikuti. Walau bagaimanapun ianya terpulang kepada individu itu sendiri.

COVER tpt4. Saya amat berminat dan tiada masa kerana pekerjaan saya. Bagaimanakah caranya saya boleh mempelajarinya secara separuh masa?
Sekiranya anda sudah tahu cara-cara mencantumkan semua bahagaian pakaian, cuba cara mempelajari dari buku Teknik Pakaian Tradisi Melayu’.

5. Bolehkah saya hendak mempelajari hanya beberapa fesyen baju sahaja?
Boleh. Tapi mempelajari dari asas pola, cara-cara melukis, memotong dan menjahit lebih baik. Tidak perlu belajar banyak kali selepas itu. Cuba lihat contoh dari buku Teknik Menjahit, Fesyen Wanita dan Teknik Menjahit Pakaian Tadisi Melayu – Cara-Cara melukis, Memotong dan Menjahit oleh Rosita Jaafar.

6. Bagaimana hendak mengetahui kekemasan jahitan?
Cuba buat perbandingan dengan koleksi di butik terkenal atau busana di gedung antarabangsa. Perhatikan setiap jahitan di seluruh badan baju. Apakah mutu jahitan anda serupa. Tiada benang-benang putus dan bersambung-sambung. Warna benang sama dengan fabrik atau sebagainya.

7. Apakah perbezaan di antara institut FTIMdc berbanding dengan institut yang lain?

Soalan ini sering kami terima dan kami tidak menyangkalkan ada banyak institu yang labih baik dari kami. Perkara ini sememangnya terjadi di setiap genap pelusuk dunia. Pasti ada orang lain yang lebih baik dari yang lain.

  1. Cara kami membimbing adalah secara perseorangan.
  2. Teknik kami mungkin sa tetapi ramai pelajar kami dapat menguasai teknik pembelajaran yang ringkas dan mudah. mereka tidak percaya teknik kami begitu amat mudah sekali.