| *** Assalammuallaikum warakhmatullah hi wabarakatu ***
Wahai Pembaca yang budiman,
Ramai yang tertanya-tanya prihal Seni Jahitan dan Sulaman.
Harga, kaedah, teknik, silibus serta sama ada tempat belajar yang nyaman serta selesa.
Harga - yang dikenakan adalah amat berpatutan berbandingkan dengan pusat pengajian tempatan /tinggi di negara ini.
Senireka dari institusi yang lain. Kadar bayaran tidak kami kenakan sekali gus. Tetapi sesuai dengan kekerapan kedatangan dan kecekapan anda mengendalikan sesuatu 'task' .
Kaedah / Teknik - Kadangkala kita manusia biasa yang tidak sabar rasanya hendak menjadi pandai dengan pantas. Terutama bila kita semua tahu bahawa bidang fesyen sememangnya boleh mendatangkan pendapatan secara sambilan dan sebagai kerjaya seumur hidup bergenerasi..
Ingatan dari saya sendiri yang telah menceburi dalam bidang ini secara professional, atau telah dimanjakan dengan segala fesyen terkini, SABAR... itulah yang penting.
Lebih baik belajar dari sekarang dari tidak belajar langsung. Berikan masa pada diri untuk memahami 'skil' jahitan dahulu, kemudian baru lah boleh mereka fesyen ciptaan tersendiri.
Bukan mudah untuk mengajar setiap manusia dalam dunia ini. Ada yang cepat faham ada yang kata faham tapi tidak faham juga, ada yang memang sukar untuk memahami setiap perkataan.
Tetapi itulah yang dinamakan 'GURU', Mereka lebih memahami sebab musabab setiap pelajar, kenapa sesetengah pelajar begitu sukar untuk memahami sesuatu perkara prihal melukis pola, memotong dan menjahit.
Untuk pengetahuan umum, ramai pelajar di sini yang mula dari peringkat awal, ada yang tidak pernah menyentuh mesin jahit atau walau sebatang jarum pun selama hidup mereka.
Tetapi dengan keberkatan Yang Maha Esa, mereka telah pun menpunyai butik pakaian sendiri di Melaka, Johor, Penang, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Itu yang saya dapat tahu kerana mereka merapatkan diri kepada saya. Lebih afdal lagi pelajar-pelajar ini telah pun meminta saya membimbing mereka untuk menubuhkan butik meskipun modal pusingan amat rendah sekali.
Ada pelajar mempunyai pendapatan RM5000 sebulan - hanya dari rumah sahaja. Ini bukannya musim raya. Jadi anda sendiri boleh bayangkan, jika anda memulakan usaha pembelajaran dari sekarang.
Teknik pengajaran saya adalah berpandukan kepada pengalaman saya sendiri semasa menjadi pelajar di institusi antarabangsa dan tempatan.
Ada yang hendak mengajar tetapi agak kedekut ilmu yang hendak diberi. Ada yang suruh buat sendiri tanpa diajar bagaimana caranya, disuruhnya buat penyelidikan (reserach) sendiri untuk pertandingan. pernah juga pada peringkat awalan saya belajar menjahit blaus 2 bulan pun tidak boleh siap-siap.... sebab 'guru' berbual-bual dengan pelajar lain dan tugas kita adalah membuka semula semua jahitan yang tidak digemari oleh guru tadi... jadi berjam-jam la kita membuka semula jahitan di dalam kelas.
Jika pada peirngkat awalan, sememangnya semua orang tidak boleh menjahit dengan garisan lurus. Kalau nak tunggu jahitan lurus memang tidak tahu bila. Jahitan akan menjadi lurus bila kita memahami mesin jahit kita tu. Ada caranya bagaimanakah anda boleh menjahit lurus dengan berpandukan tapak tekanan di mesin. Semuanya diajar di ftimdc.
Keadah pengajaran perseorangan secara terperinci mengenai prihal teknik menjahit berkualiti. Itulah yang kami akan tunjukkan dan membentuk fikiran anda dalam bidang fesyen. Penerangan, penjelasan dan tunjuk ajar kami yang prihatin dan tidak putus pasti membolehkan anda faham dengan segera. Cuma adakah anda bersedia untuk diajari? Ajukan dahulu persoalan ini.
Jika murid saya yang berumur 10 tahun boleh menyiapkan skirt, blaus, baju kedah, sarung kusyen yang dihiasi dengan sulaman manik labuci serta banyak lagi, takkan lah kita orang dewasa tidak dapat mempelajarinya. Kami telahpun membuktikannya..

Nadirah, 14 dan Qasrinah, 11 - telah mula mempelajari seni jahitan sejak tahun 2006 |
Saya sering berpesan kepada anak saya,... belajar selagi guru masih hidup, kerana bukan mudah untuk mendapat seorang guru yang berilmu. Berkasih (kasih diri sendiri) selagi ibu masih ada, kerana ibu masih boleh menasihati. Menyayangi (kepada semua makhluk) selagi jiwa masih suci dan Bercintalah (hanya kepada Allah) selagi nyawa dikandung badan...
Silibus - FTIM Designing Centre telah ditubuhkan pada April 01 1999.
FTIM memberi kebijaksanaan kepada pelajar untuk memilih jenis fesyen untuk belajar. Ia lebih memudahkan kepada pelajar sendiri dari mengikut setiap silibus tempatan.
TETAPI, jika anda bersedia untuk memulakan dari peringkat awalan lebih baik dan lebih terperinci. Lebih mudah untuk memahami untuk ke peringkat lanjutan.
Konsep FTIM kali ini adalah, terus target kepada apa yang anda minat dan cenderung.
Misalnya pakaian Tradisi. Ia terdiri dari ;
- Baju Kurung Johor
- Baju Kurung Pesak Gantung
- Baju Kurung Riau
- Baju Kurung Riau Moden
- Baju Kurung Melayu Cekak Musang (Untuk Lelaki)
- Baju Kurung Melayu Teluk Belanga (Untuk Lelaki)
- Kebaya Tradisi
- Kebaya Moden / Princess Line
- Kebaya Pesak Perak / Kedah / Pahang
- Baju Kedah.. dan banyak lagi
Tempat - Kelas kami sememangnya nyaman dan bersih. Di Kompleks 3C MPSJ, Bandar Sunway, Petaling Jaya. Ia bersebelahan dengan Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon.
Kemudahan - Mempunyai cafeteria, bilik audotorium, surau, free parking dan sekiranya anda mempunyai anak-anak, anda juga boleh membawa mereka untuk bermain di tempat permainan kanak-kanak, sambil anda menghadiri kelas. Kenderaan awam juga mudah diperolehi dengan menaiki bas menuju ke Sunway Lagoon.
Kenderaan Awam - Bas - Depan Kota Raya bas 10, 11 dan 13 menuju ke Bandar Sunway
KTM Komuter (keretapi) hingga ke Subang Jaya station dan menaiki bas mini ke Sunway Pyramid / Sunway Lagoon.
LRT Putra (keretapi) - hingga ke Kelana Jaya station kemudian pilihlah bas ke Sunway Pyramid.
Pertanyaan dari Pembaca :
1. Saya tidak ada pengalaman menjahit langsung?
Semua orang tidak ada pengalaman sebelum pandai. Tiada
apa yang perlu dikhuatiri untuk melakukan sesuatu yang baru.
2. Bagaimana hendak memulakan dalam bidang
fesyen?
Pertama sekali MINAT,
kedua KESUNGGUHAN
dan ketiga PENGORBANAN.
Ramai orang yang berminat tetapi tiada kesungguhan dan cita-cita
mereka mati separuh jalan sahaja. Ada yang mempunyai minat dan kesungguhan
tetapi tiada pengorbanan. Semua orang ada 24 jam sahaja masa sehari.
kesibukan waktu bekerja seharian sudah cukup membuatkan fikiran
kita tegang. Anda mungkin ada masa berehat. Kemudian tanya diri
anda sendiri berapa jamkah sehari atau seminggu yang anda perlu
untuk berehat atau mengalamun. Aturkan masa mengikut kesenangan
diri sendiri.
3. Saya tidak pernah menjahit, adakah teknik
atau kaedah supaya saya boleh cepat pandai?
Tidak ada sesuatu perkara boleh diperolehi dengan cepat.
Kerjatangan harus dibantu oleh pengawasan rapi oleh seorang guru.
Corak pengajaran FTIM amat mudah. Ramai pelajar boleh membuat pakaian
dalam masa 24 jam. Kemahiran teknik kami tiada tandingannya. Mudah
difahami dan diikuti.
4. Saya amat berminat dan tiada masa kerana pekerjaan saya.
Bagaimanakah caranya saya boleh mempelajarinya secara separuh masa?
Sekiranya anda sudah tahu cara-cara mencantumkan semua
bahagaian pakaian, cuba cara GAYA
POS FTIM.
5. Bolehkah saya hendak mempelajari hanya
beberapa fesyen baju sahaja?
Boleh. Tapi mempelajari dari asas pola, cara-cara melukis, memotong
dan menjahit lebih baik. Tidak perlu belajar banyak kali selepas
itu. Cuba lihat contoh dari buku Fesyen Wanita – Cara-Cara melukis,
Memotong dan Menjahit oleh Rosita Jaafar.
6. Bagaimana hendak mengetahui kekemasan
jahitan?
Cuba buat perbandingan dengan koleksi di butik terkenal
atau busana di gedung antarabangsa. Perhatikan setiap jahitan di
seluruh badan baju. Apakah mutu jahitan anda serupa. Tiada benang-benang
putus dan bersambung-sambung. Warna benang sama dengan fabrik atau
sebagainya.
|