22 December 2009 – bertempat di Stadium malawati, Shah Alam. Syarikat Konwa yang menjual mesin jahit dari pelbagai jenis telah mengadakan Pertandingan Jahitan.

FTIMdc telah mnyahut jemputan dari Konwa harus dijadikan sebagai satu contoh yang harus anda jadikan tauladan dalam menimba ilmu dan pengalaman.

Di sini RJ bersama staf, Azean, telah meyertai pertandingan ini meskipun kami sememangnya telah menduga bahawa stiap pertandingan itu bukannya untuk memenangi hadiah atau tempat pertama.

Bila ditanya mengapa masuk pertandingan, jawapan RJ adalah untuk menjadikan dirinya sebagai contoh kepada wanita-wanita yang lain, bahawa mencuba itu adalah suatu kejayaan besar. Bukan matlamat untuk menang tetapi berjaya menjadi atau menyahut cabaran yang sedia ada.

Konwa telah menyediakan remnant  iaitu lebihan fabrik kecil yang seharusnya dipilih dari situ untuk dijadikan satu produk hasil kerjatangan tersendiri. 

Masa diberi selama 3 jam untuk menyelesaikan semua hasil kerja di situ juga. Ramai yang telah menyediakan hasil kerjatangan dari rumah masing-masing kemudian dicantumkan semasa di tempat pertandingan di adakan.

RJ telah berjaya menyiapkan hasil kerjatangan selama 30 minit sahaja. RJ buat bantal bunga yang dikelilingi dedaunan. Dek tujuan utama adalah bukan kemenangan yang dicari tetapi pengalaman dan kemantapan diri serta minda yang diperlukan bagi meneruskan kerjaya dalam bidang fesyen ini.

Tiada seorangpun tahu kehadiran RJ dan Azean di hari pertandingan itu bermula. FTIMdc sengaja menyertai pertandingan untuk mengetahui bagaimanakah perasaan yang dihadapi oleh para peserta pertandingan pada tahun hadapan 2010.  

Dari sini, anda sekelian seharusnya mengambil contoh bahawa penyertaan adalah pengalaman yang amat bermakna buat kehidupan kita yang hanya sekali sahaja di dunia ini. Kemenangan bukanlah kemestian dalam setiap pertandingan yang disertai. Merasai degupan jantung semasa para hakim memberi keputusan itulah yang seronoknya.

Keputusannya…. kami berdua tidak menang apa-apa pun. Dapat sijil penyertaan sahaja sudah lebih mencukupi. Disebabkan tujuan utama adalah untuk membuktikan kepada anda sekelian bahawa kami bertanding bukannya untuk menang. Cukup sekadar mengetahui bagaimana degupan jantung berdebar-debar dan mempunyai perasaan yang sama seperti anda sekelian.

Kami tersenyum puas kerana, atika pertandingan dapat kami ikuti satu persatu tanpa melakukan  ‘on the spot’  berbandaing peserta yang telah menyediakan bahan  dari rumah sebelum bertanding. Kami puas dengan keputusan pengadil dan kami juga bersyukur kerana apa yang telah kami lakukan telah sampai ke matlamat yang sebenar.

Semoga anda sekelian dapat menaikkan taraf diri dan teruskan usaha dalam bidang yang anda sendiri minati.

Kepada anda yang masih ragu-ragu untuk menyertai Pertandingan Sulaman Manik Kristal tahun 2010, usahlah tunggu dalam kesangsian. Percubaan pertama adalah satu langkah buat semua wanita di mana jua anda berada. 

[Gallery not found]