Kolej Komuniti Ulu Langat
Kolej Komuniti Ulu Langat, Kajang – 23 December 2009, telah menjemput RJ untuk menerangkan langkah-langkah yangperlu diambil kepada bakal peserta Pertandingan Sulaman Manik Kristal Piala  FTIMdc 2010.
Penerangan RJ dalam menggalkkan ramai lagi wanita menyertai Pertandingan 2010 sebagai langkah pertama menerajui dunia fesyen yang secara langsungnya akan menaikkan mutu diri dalam menjana pendapatan sambilan dari rumah amat berkesan sekali.
Tidak jemu-jemu RJ menekankan bahawa bidang fesyen dan wanita adalah suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan. Bak Irama dan lagu kata P.Ramlee sepatah.
Ramai dari Institusi Tinggi dan lelaki telah menawarkan diri untuk menyertai pertandingan ini tetapi RJ ingin memberi penumpuan kepada para wanita luar bandar dan yang ingin berjaya di Persada Dunia Sulaman dan Fesyen.
Semoga usaha giat RJ dapat sambutan dan sokongan dari ramai wanita di Malaysia ini.
[Gallery not found]



