Program Ikeunita JPW Kepala Batas Penang

20 Oct, 2013 – JPW Penang.
Program Membuat Pakaian Wanita SKM 1 yang berlangsung selama 5 minggu disertai seramai 10 orang peserta, telah berjaya menyerlahkan ketrampilan jitu dalam menguasai bidang jahitan SKM tahap 1.

Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita, Kepala Batas, Pulau Pinang dengan objektif untuk membimbing para usahawan baru tampil dengan jayanya dalam bidang membuat pakaian wanita.Mereka yang terpilih dari ratusan permohonan setelah dikenal pasti kelayakan mereka telah berjaya mempelajari bidang jahitan SKM tahap 1. En. Aizal Mazlan selaku Pengarah Negeri Pulau Pinang berkata, ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada yang memerlukan bimbingan dan seterusnya harus menggunakan ilmu yang telah dipelajari sebagai satu titik permulaan dalam usaha mereka dalam menerajui dunia perniagaan.Keupayaan terserlah dari setiap minggu semasa pembelajaran modul membuatkan peserta mempunyai keyakinan diri pada akhir program.

Meskipun sebahagian daripada mereka tidak mempunyai asas menjahit, namun demi kesungguhan, ketekunan dan kesabaran, mereka berjaya menyiapkan 16 pasang pakaian dalam hanya 15 hari.
Program seumpama ini akan dipantau dari masa ke masa untuk memastikan kecenderungan kemahiran yang telah disalurkan berterusan dan semoga ianya akan menjadi sebati pada jiwa sebagai seorang usahawan berjaya.Semoga usaha kami di FTIMdc dihargai oleh peserta dan kepada JPW Penang.

Kami, di FTIMdc mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberikan peluang serta kepercayaan dalam membimbing mereka ke arah yang dicita-citakan.Sesungguhnya setiap usaha yang ikhlas dan diiringi oleh keberkatan Allah swt., PASTI akan menghasilkan kejayaan luar biasa dalam kehidupan sebagai seorang insan. Syabas kepada semua peserta Kepala Batas.!
rosita@ftimdc.com – En. Aizal Mazlan