1 April 2012, Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur –
Pertandingan Sulaman Manik Kristal Piala TOHO, Japan, 2012.
Pertandingan Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh FTIM Designing Centre telah merealisasikan impian para peserta untuk menonjolkan kreativiti masing-masing di khalayak umum.
 

Di belakang tabir, para hakim menghakimi secara terperinci setelah semua model memperagakan semua koleksi di atas pentas yang disaksikan oleh semua para tetamu seramai 330 orang.

Semua para hakim terpaksa memanggil semua model dan meragakan koleksi peserta sekali lagi bagi memastikan pilihan mereka tepat dan adil. Ini adalah permintaan Apple Beads Malaysia dan Toho Japan.

Keputusan yang dibuat oleh para hakim amat mengelirukan kerana hampir semua koleksi amat indah di atas pentas dan sememangnya keputusan muktamad adalah semestinya muktamad… RJ@