Bengkel Sulaman Nyonya Kerawang
FTIM Designing Centre, sekali lagi cuba membuka tirai dan peluang kepada anda untuk mempelajari keunikan kemahiran Sulaman Nyonya Kerawang. Seni tradisional sejak berzaman yang masih mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia sehingga kini. Pelajari seluk-beluk Teknik Sulaman Kerawang Bunga Penuh, Kerawang Lebah, Kerawang Batu Pecah, Kerawang Matahari dan banyak lagi!!!
Anda akan berpeluang untuk mempelajari Teknik Sulaman dari Tahap Asas hingga Lanjutan: termasuklah Pengenalan mesin, Jahitan asas sulaman, Teknik Melakar & Menyulam Biku, Teknik Melakar Motif, Teknik Sulaman Kerawang, Teknik Pilihan Warna Benang, Padanan Fabrik serta adunan hiasan dalam pembentukkan bunga lakaran.
Pakej 10 hari ini juga bersertakan Sijil Penyertaan dan juga tip-tip berkesan dan terus berkongsi pengalaman bersama Pn.Rosita Ja’afar, pakar penulis buku-buku fesyen terunggul di Malaysia dan Pn. Rosmini Waniman pakar perunding dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Sila hubungi pihak kami atau email kepada admin@ftimdc.com untuk sebarang pertanyaan.









