Keperincian Modul dan Hasil Pembelajaran Seni Sulaman Warisan

BBM_PROMO_06

BBM_PROMO_05

Di bawah ini adalah ciri-ciri pengetahuan ilmu kemahiran yang harus anda perolehi untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Seni Sulaman Warisan. Kesemua Aktiviti Kerja WAJIB dilengkapkan sepenuhnya. Sekiranya anda telah mempunyai kemahiran yang disenaraikan di bawah, anda hanya perlu mengambil kursus-kursus yang perlu anda ikuti. Anda boleh mengikuti Bengkel-bengkel dan Kursus seperti dalam jadual program yang disediakan oleh pihak pengurusan FTIMdc.

 

PEMBUATAN SENI SULAMAN TANGAN / ART OF HAND EMBROIDERY MAKING
     
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan sulaman  tradisional, meningkatkan dan mengekalkan tradisi sulaman. Kemahiran tradisi ini secara tidak langsung boleh di ubahsuai mengikut kegunaan terkini sehingga ke peringkat antarabangsa dengan menghasilkan produk yang berkualiti. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh melaksanakan:   1. Membuat Sulaman Manik
  2. Membuat Sulaman Benang
  3. Membuat Sulaman Reben
   
   
     
PEMBUATAN SENI KRAF SULAMAN / ART OF CRAFTED EMBROIDERY MAKING
     
Seseorang yang kompeten dalam  CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang kompeten dalam rekaan aksesori dan hiasan sulaman yang kreatif. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh;   1. Membuat Bunga-bunga Manik
  2. Membuat Aksesori Manik
  3. Membuat Sulaman Kraf Hiasan Dalaman
     
PEMBUATAN SENI SULAMAN NYONYA DAN KERAWANG / NYONYA AND KERAWANG EMBROIDERY MAKING
     
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan kehalusan sulaman bergantung kepada kerja yang berperingkat secara berterusan dan mahir menggunakan mesin manual/ industri dengan cermat dan cekap supaya dapat meningkatkan  proses pengeluaran. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:   1.  Membuat Sulaman Nyonya dengan menggunakan mesin manual
  2.  Membuat Sulaman Kerawang dengan menggunakan mesin industri
   
   
     
PEMBUATAN SENI SULAMAN TRADISI / TRADITIONAL EMBROIDERY MAKING
     
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang boleh mengaplikasikan reka corak dan motif Tekat dan Keringkam  yang halus. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:   1. Membuat Sulaman Keringkam
  2. Membuat Sulaman Tekat
   
   
     
REKAAN SENI SULAMAN / ART OFEMBROIDERY DESIGNING
     
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh seorang pekerja yang kompeten dalam memahami konsep melakar dan mengenal  komposisi rekaan yang dipadankan di atas fabrik. selain itu, dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh melaksanakan   1. Membuat kajian konsep lakaran
  2. Melaksanakan konsep lakaran
  3. Membuat kajian kesesuaian produk dan fungsi
  4. Menganalisa Perbandingan Produk
     
PENGURUSAN DAN ETIKA KERJA DALAM SENI SULAMAN / MANAGEMENT AND WORK ETHICS IN ART OF EMBROIDERY
     
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang boleh berkomunikasi bersama pelanggan, boleh merancang, mengawal dan menganalisis stok inventori dan menguruskan operasi dengan cekap, berkesan, mudah dan cepat. Selain itu, boleh  mengenal bahan dengan baik dan boleh  memahami pengetahuan produk dengan berkesan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh;   1. Melaksanakan perkhidmatan perhubungan           pelanggan
  2. Melaksanakan kemahiran berkomunikasi
  3. Melaksanakan pengurusan stok dan inventori
  4. Menguruskan premis butik
  5. Melaksanakan pengiraan kos tempahan