logo rimau jpk
logo jpk ftimdc STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN

(NATIONAL OCCUPATIONAL SKILLS STANDARD)

SENI SULAMAN WARISAN

 THE ART OF HERITAGE EMBRIODERY

 LEVEL 3

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia, Malaysia

 

Seni Sulaman Warisan atau Art Herritage Embroidery 

–>> Keperincian Modul Seni Sulaman (klik untuk keterangan lanjut)

Adalah satu pencapaian yang telah diusahakan oleh FTIM Designing Centre Sdn Bhd khas untuk masyarakat Malaysia.

Ia terdiri daripada modul yang telah disusunatur oleh pihak JPK dan gabungan kerjasama oleh pihak FTIMdc bagi menjayakan persijilan ini.

CPC NOSS Sulaman

promo sulaman beads

Dalam proses meraih persijilan Seni Sulaman Warisan anda boleh mengambil daripada mana-mana pihak yang dapat menjayakan cita-cita anda sebagai Pakar Sulaman di Malaysia.

Pengkhususan bagi setiap modul harus dikenalpasti secara terperinci sebalum anda menghantar kertas profail anda kepada pihak JPK. Sekiranya anda tidak pasti cara bagaimana hendak memohon persijilan ini, anda boleh daftar dengan pihak kami FTIMdc atau di mana saja pusat bertauliah yang arif mengenai permohonan secara PPT.

Modul setiap CORE adalah seperti berikut;

1. Pembuatan Seni Sulaman Tangan

1.1. Sulaman Manik

1.2. Sulaman Benang

1.3. Sulaman Reben

 

2. Pembuatan Seni Sulaman Nyonya dan Kerawang

2.1. Sulaman Nyonya – (menggunakan mesin goyang kaki secara manual)

2.2. Sulaman Kerawang – (menggunakan mesin industri)

 

3. Pengurusan dan Etika Kerja Seni Sulaman

4. Rekaan Seni Sulaman

Pengurusan dan Etika Kerja / Rekaan  harus dipelajari dari mana-mana institusi yang mengajar modul ini. Sila rujuk kepada pihak Admin kami di FTIMdc. Kelas-kelas anjuran kami dalam program tahun 2014. Pihak kami juga sering mengadakan seminar dan kuliah dalam modul pengurusan perniagaan dan rekaan sulaman.

 

Modul setiap ELEKTIF adalah seperti berikut; 

1. Pembuatan Seni Kraf Sulaman

1.1. Aksesori

1.2. Bunga-Bunga Manik

 

2. Pembuatan Seni Sulaman Tradisi

2.1. Sulaman Tekat

2.2. Sulaman Keringkam