We lead you to succeed through our ‘PERSONAL COACHING’

RJtipsreduced_Page_1

Click here to get RJ Tips on embroidery charges

Setiap corak sulaman sentiasa diawasi oleh RJ.

Setiap gabungan warna sentiasa diterangkan oleh RJ.

Setiap jenis jahitan sentiasa di pandu satu persatu oleh RJ.SULAMAN RJ3D1

Para pelajar sentiasa mendapat tumpuan RJ sehingga mereka meraih kejayaan yang cermelang. Kepenatan bukan perkara utama di dalam menempuh arus fesyen masa kini. Kepekaan pada perubahan waktu bukan digantikan dengan kealpaan sebagai penghalang keruntuhan keyakinan.

Tiada satupun kejayaan tidak didorong tanpa pengorbanan. Kejayaan anda bergantung kepada ketekunan, minda yang terbentang luas, hati yang suci dan ikhlas serta kemantapan rohani dan jasmani.

Ramai telah anak didik RJ telah berjaya dan meninggalkan seribu kenangan.

Dalam kenangan itulah bercampur baur dek kegembiraan dan ada kalanya diselitkan dengan kemuraman hiba berganti. Setiap detik diharungi dengan keimanan dan kesabaran jitu.

Sekiranya kehilangan fikiran waras telah menguasai diri maka hilanglah jua segala keyakinan dan kecekalan di setiap sanubari manusia digantikan dengan riak di dada.

Kepada para peminat Sulaman Manik Labuci dan Benang, jangan digadaikan maruah yang ada. Jangan dijengkelkan tingkah laku yang sopan. Jangan diserungkan kemuliaan guru yang telah mengajar kita erti keilmuan yang dihulurkan. Setiap ilmu datangnya dari yang Maha Esa, kemudian ianya disalurkan kepada mereka yang meminta.

Kemunculan bidang Sulaman Manik yang diperkenalkan oleh RJ telah mengambil seribu langkah yang sukar untuk diperkatakan. Keujudan RJ dengan kemunculan setiap teknik jahitan sulaman telah dicari dengan memerah akal yang ada semata-mata sebagai pembuka pintu laluan kepada wanita sejagat.

Seorang guru seperti inilah yang harus kita sandang namanya di mana jua kita berada.

Pembuka laluan seolah-olah sebuah JAMBATAN EMAS telah dianugerahkan oleh RJ sendiri kepada wanita yang inginkan bantuan kewangan secara tidak langsung serta kemahiran diri.

Ribuan anak didik RJ itulah telah menempah nama di atas pengajaran dan tunjuk ajar yang tiada hentinya dan tanpa mengenal erti penat.

Di bawah ini adalah di antara koleksi pelajar yang telah dilakar dan diajar oleh RJ mengenai gabungan warna, penggunaan teknik jahitan sulaman manik dan benang di mana ia telah dimuatkan di dalam buku keluaran RJ- FTIMdc.

Anda adalah bakal yang akan menjejaki mereka. Ikuti jejak mereka dengan merapatkan diri dengan guru yang tidak pernah mengenal erti jemu dengan ilmu yang sedia ada. Setiap titik peluh yang kita salurkan adalah untuk menampung desakan kehidupan. Tidak pernah disangkalkan lagi bahawa setiap usaha gigih RJ selama ini telah diterima dan anugerah inilah yang ingin dilimpahkan kepada anda semua.

Apakah yang anda fikirkan lagi??? Marilah ktia semua mencantikkan diri sambil meraih pendapatan yang tiada nilainya.